Modul Latihan PPD Alor Gajah

Kuasai Kecerdasan Buatan
Sebagai 0.1% Pakar

Panduan langkah demi langkah untuk membina arahan (prompt) yang tepat, mengelakkan halusinasi AI, dan menghasilkan kerja berkualiti tinggi dalam masa singkat.

Falsafah AI

Mengapa Perlu Guna S.P.K.A?

AI umpama "Anak Genius 5 Tahun" yang mempunyai semua maklumat dunia tetapi tiada pengalaman hidup (common sense). Tanpa struktur arahan yang jelas, ia akan meneka dan mungkin memberi jawapan yang salah (halusinasi).

Analogi Memesan Makanan

❌ Arahan Biasa (Gagal)

"Masakkan saya nasi."

Risiko: Tukang masak terpaksa meneka. Anda mungkin dapat nasi mentah, nasi impit, atau nasi goreng cili padi yang terlalu pedas untuk anda.

✅ Arahan S.P.K.A (Berjaya)

"Saya pelanggan yang sangat lapar S. Anda Chef Hotel 5 Bintang P. Saya mahu makan tengah hari yang pedas dan menyelerakan K. Masakkan Nasi Goreng Kampung ada ikan bilis garing A."

Hasil: Tepat, berkualiti tinggi, dan memenuhi selera spesifik anda.